Planet

1.  UTARID ( Mercury )

  • Planet yang terdekat dengan Matahari (Closest planet to the Sun
  • Tidak terdapat benda hidup kerana terlalu panas ( Does not have living things because it is too hot )
ASTROMAS : Astronomi Untuk Semua: September 2007



2.  ZUHRAH ( Venus )

  • Lebih panas daripada Utarid kerana atmosferanya memerangkap haba (It is hotter than Mercury because its atmosphere traps heat)
  • Tidak terdapat benda hidup ( Does not have living things )

Angkasalepas


 3.  BUMI ( Earth )


    Bumi (Jawi: بومي, bahasa Inggeris:Earth) merupakan planet ketiga daripada matahari. Ia juga boleh dirujuk sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra.[1]
    Rumah kepada jutaan spesies,[2] termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu,[3][4][5][6] dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.
    Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.
    Portal Astronomi
    Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 °C sehingga 55 °C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.
    Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 °C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.
    Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.

    4. MARIKH (Mars)

    Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan dinamakan sempena nama Tuhan Peperangan Tamadun Rom (Tuhan Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
    57.9 juta kilometer ke Utarid,
    108.2 juta kilometer ke Zuhrah,
    149.6 juta kilometer ke Bumi,
    227.9 juta kilometer ke Marikh,
    778.3 juta kilometer ke Musytari,
    1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,
    2,871.0 juta kilometer ke Uranus,
    4,497.0 juta kilometer ke Neptun.

    Marikh senantiasa mengagumkan penduduk Bumi kerana warna kemerahannya dipenuhi misteri. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi (walau bagaimanapun keluasan daratan Bumi adalah sama dengan keluasan daratan Marikh). Atmosfera Marikh amat nipis dan tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi). Komposisi atmosfera Marikh adalah 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air. Pada tahun 2003, metana telah dikesan dalam atmosfera Marikh oleh teleskop Bumi dan telah disahkan (secara tidak rasmi) pada Mac 2004 oleh prob: Mars Express Orbiter. Kehadiran metana memang aneh disebabkan metana bukannya gas adi serta menunjukkan kemungkinan adanya punca gas tersebut di planet Marikh. Aktiviti gunung berapi, hentaman komet dan kehadiran kehidupan seni (mikroorganisma) seperti metanogen di planet ini masih belum dibuktikan lagi.
    Marikh mempunyai tempat penting dalam imaginasi manusia disebabkan dipercayai ada makhluk hidup di Marikh yang dinamakan sebagai Martian (bahasa Inggeris). Ini disebabkan perjumpaan "terusan Marikh" oleh Percival Lowell. Beliau menyatakan ia merupakan struktur buatan oleh penduduk planet Marikh dan perubahan kegelapan/kecerahan yang telah menyebabkan beliau percaya ada pertumbuhan vegetatif di Marikh. Di situ berpuncanya cereka tentang makhluk planet Marikh. Sekarang, pemerhatian Percival Lowell telah dikatakan tersesat dan dilabelkan sebagai paritan lama akibat pergerakan air pada zaman dahulu-kala.
    Pada tahun 2000, terdapat penyelidikan terhadap meteorit yang dikatakan mempunyai fosil hidupan purba Marikh. Sehingga tahun 2004, kehidupan di planet Marikh masih tidak mendapat jawapan yang tetap dan tepat.Mengikut kajian, pada tahun 2003 planet ini telah berubah putarannya sehingga kini. Perubahan putaran ini telah menyebabkan pelbagai kesan kepada bumi, antaranya pelbagai perubahan cuaca dan sebagainya.

    5. MUSYTARI (Jupiter)



    Musytari adalah planet kelima daripada matahari dan juga planet yang terbesar daripada sembilan planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
    57.9 juta kilometer ke Utarid
    108.2 juta kilometer ke Zuhrah
    149.6 juta kilometer ke Bumi
    227.9 juta kilometer ke Marikh
    778.3 juta kilometer ke Musytari
    1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
    2,871.0 juta kilometer ke Uranus
    4,497.0 juta kilometer ke Neptun.


    6. ZUHAL (Saturn)


    Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari, Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas.
    Zuhal berasal dari bahasa Arab tetapi sekiranya dilihat didalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai planet Saturn, diambil sempena tuhan Rom, Saturnus, yang menyerupai Yunani Kronos (Titan bapa kepada Zeus) dan juga Babylon iaitu Ninurta. Simbolnya adalah sabit dewa dalam bentuk ringkas stylized (Unicode: ♄).
    Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.
    Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cecincin yang utama terdiri kebanyakannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Sebanyak enam puluh bulan-bulan mengorbit planet berkenaan. Titan, bulan Zuhal yang terbesar (selepas Ganymede), yang merupakan bulan yang lebih besar dari planet Utarid dan ia merupakan satu-satunya bulan di dalam Sistem Solar yang mempunyai kemudahan atmosfera.

    7. URANUS (uranus)



    Salah sebuah planet dari 9 planet dalam Sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam Sistem suria adalah seperti berikut :-
    57.9 juta kilometer ke Utarid,
    108.2 juta kilometer ke Zuhrah,
    149.6 juta kilometer ke Bumi,
    227.9 juta kilometer ke Marikh,
    778.3 juta kilometer ke Musytari,
    1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,
    2,871.0 juta kilometer ke Uranus,
    4,497.0 juta kilometer ke Neptun,

    8. NEPTUN (Neptune)



    Neptun merupakan salah sebuah dari sembilan planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
    57.9 juta kilometer ke Utarid
    108.2 juta kilometer ke Zuhrah
    149.6 juta kilometer ke Bumi
    227.9 juta kilometer ke Marikh
    778.3 juta kilometer ke Musytari
    1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
    2,871.0 juta kilometer ke Uranus
    4,497.0 juta kilometer ke Neptun




    BERIKUT ADALAH GAMBAR PLANET-PLANET YANG ADA DI DALAM SISTEM SURIA





     1. Utarid


    Merkurius
    Merkurius

    2. Zuhrah


    Venus
    Venus

    3. Bumi


    Bumi
    Bumi

    4. Marikh


    Mars
    Mars

    Ceres


    Ceres
    Ceres

    Perbandingan Bumi, Bulan dan asteroid Ceres
    Perbandingan Bumi, Bulan dan asteroid Ceres

     5.Musytari


    Yupiter
    Yupiter

    Perbandingan Bumi dengan planet terbesar tata surya, Yupiter.
    Perbandingan Bumi dengan planet terbesar di Sistem Suria, Musytari.

    6. Uranus


    Saturnus planet terindah di tata surya dibandingkan dengan planet Bumi
    Zuhal planet terindah di Sistem Suria dibandingkan dengan planet Bumi

    Animasi awan heksagonal Saturnus.
    Animasi awan heksagonal Planet Zuhal.

    7. Uranus


    Uranus, satu-satunya planet di tata surya yang rotasinya menggelinding seperti bola terhadap matahari.
    Uranus.

    Uranus planet yang terbesar ketiga dan terberat keempat dalam Tata Surya dibandingkan dengan planet Bumi.
    Uranus planet yang ketiga terbesar  dan keempat terberat  dalam Sistem Suria.

    8. Neptun


    Neptunus